Sunday 25 March 2012

petunjuk bagi yg nak bertaqwa

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya);
ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Iaitu :

1. orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,
2. dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta
3. membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,
5. serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Published with Blogger-droid v1.6.9

No comments:

Post a Comment